Powered By Blogger

SEORANG LELAKI BERANG, PUKUL MANGSA GARA-GARA KENDERAANNYA DI POTONG...



Seorang Lelaki Berang, Pukul Mangsa Gara-Gara Kenderaannya Dipotong
April 14, 2020





Seorang lelaki berusia yang 45 tahun bertindak di luar kawalan apabila dia melanggar dan menghimpit sebuah kenderaan lain sehingga terbabas ke dalam parit berikutan berang kereta yang dipandunya itu dipotong.

Bukan itu sahaja, suspek juga dikatakan turut memukul mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berusia 35 tahun dengan menggunakan besi dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas iaitu Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang memandu kereta jenis Toyota Harrier itu disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.


Iklan

Iklan

“Mangsa mengakui memotong kenderaan terbabit disebabkan suspek memandu sangat perlahan serta dalam keadaan ke kiri dan ke kanan.

“Sebaik sahaja mangsa memotong, suspek terus mengekori dan menghimpit sehingga kenderaan mangsa terbabas. Suspek kemudian meluru dan memukul mangsa menggunakan besi sehingga menyebabkan kecederaan.

“Berikutan kejadian itu, mangsa mengalami luka sepanjang 3 sentimeter (cm) di kepala dan bengkak serta calar di lengan. Mangsa mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang,” ujarnya.

Sebelum ini, tular sebuah video berdurasi 20 saat di Facebook Hezeri Samsuri, menunjukkan seorang lelaki berbaju putih yang tidak berpuas hati dan memukul pemandu kereta Perodua Kancil menggunakan besi dipercayai selepas berlaku kemalangan.



Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohamad Roy berkata, hasil siasatan juga mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.
 
“Selain itu, semakan mendapati kenderaan dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang pemilik wanita di Bangi. Pemilik kenderaan sudah dihubungi dan menjelaskan bahawa kenderaan ini diberikan sambung bayar kepada sebuah syarikat kereta di Kelantan.

“Pihak kami masih mengesan suspek dan tindakan lanjut akan diambil atas kesalahan yang dilakukannya. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 dan 279 Kanun Keseksaan,” tegasnya.


Sumber:

Iklan

MotionElements - Royalty-Free Marketplace For Stock Video, Music, After Effects Templates
Iklan
share

No comments:

Post a Comment