Powered By Blogger

Wednesday, 8 April 2020

KERANA KAU PELANGIKU...



Kerana Kau Pelangiku...

Mencintaimu 
itulah kata yang saat ini ingin kuucapkan hanya kepadamu 
kepada orang yang aku segani 
walau realitinya belum bisa kau kutemui 

Mendambakanmu 
itulah rasa yang aku rasakan padamu 
yang menjadikanku tegar dan kuat keranamu 
hanya keranamu 


Menyayangimu 
itulah rangkaian rasa yang tersusun rapi di hatiku 
membuatku tak ingin lepas dari kata menyayangimu selalu 
dan selalu tak ingin menghilangkan bayanganmu yang selalu membuatku tersenyum lega 

Inilah aku sekarang 
mengagumimu 
mendambakanmu 
aku tahu kau adalah petunjuk hati yang selama ini kucari 
aku yakin kau hadir akan membahagiakanku 
dan mewarnai hidupku menjadi bererti 

Pelangiku 
andai apa yang kututurkan ini 
hanya sekadar ilusi sepiku 
aku tega menerima hakikatnya 
namun percayalah 
kau tetap utuh menjadi pelangiku 
meski hadirmu hanya seketika waktu

Arjuna Ikhsan
08042020:1159


No comments:

Post a Comment