Powered By Blogger

Thursday, 2 April 2020

COVID-19: 5 LAGI KEMATIAN


COVID-19: 5 lagi kematian

KUALA LUMPUR: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) merekodkan lima lagi kematian akibat COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan kes kumulatif kematian akibat COVID-19 adalah sebanyak 50 kes.

"Setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 208 kes baharu direkodkan menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,116 kes.

"Dukacita dimaklumkan, CPRC dimaklumkan terdapat lima lagi kematian akibat virus ini menjadikan kes kumulatif sebanyak 50 kes atau 1.6 peratus daripada jumlah kes keseluruhan," katanya.


Sumber:

               Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. - Foto BERNAMA

No comments:

Post a Comment