Powered By Blogger

Thursday, 2 April 2020

DUA SURATAN BERBEZA...


Dua Suratan Berbeza...

Antara dua hati kau dan aku
ada jarak yang memisahkan
ada rasa yang tak terungkapkan
dan ada rindu yang membayang

Antara dua hati kau dan aku
seperti daratan dan lautan
bersahabat, namun tak dapat di satukan
dan akhirnya kita pun terbelenggu
tanpa adanya suatu ikatan


Mungkin,
kau dan aku di pertemukan bukan untuk di satukan
dan di pisahkan bukan untuk di jauhkan
kerana sesungguhnya,
kita di takdirkan dengan dua suratan yang berbeza

Aku hanya manusia biasa
tersingkap satu yang tertutup
aku bukan seorang yang sempurna dan aku tahu itu
tetapi aku tahu, aku akan selalu mencintaimu
selamanya...

Arjuna Ikhsan
30122019:0154



Dua Suratan Yang Berbeza


No comments:

Post a Comment