Powered By Blogger

GARA-GARA JUAL TELUR RM1 SEBIJI, PENIAGA INI BERDEPAN TINDAKAN TEGAS...



Gara-Gara Jual Telur RM1 Sebiji, Peniaga Ini Berdepan Tindakan Tegas
April 11, 2020




Seorang peniaga di Ipoh, Perak berdepan dengan tindakan tegas selepas didapati menjual telur pada harga RM1 sebiji di premis perniagaannya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perak iaitu Saifullizan Kamarul Zaman, pihaknya menerima aduan mengenai perkara tersebut pada pagi Khamis sebelum sepasukan pegawai penguatkuasa diarahkan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas premis yang bertempat di Meru itu pada hari yang sama.



Kata Saifullizan, hasil pemeriksaan mendapati bahawa premis yang menjual pelbagai keperluan harian termasuklah telur ayam itu telah meletakkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan jualan.

“Harga jualan telur ayam yang dipamerkan adalah RM1 sebiji tanpa dinyatakan gred telur tersebut dan ketika pemeriksaan, hanya terdapat empat papan telur ayam dengan jumlah 114 biji dipamerkan untuk jualan,” kata Saifullizan menerusi satu kenyataan.

Difahamkan, satu notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 telah pun dikeluarkan kepada peniaga terbabit. Dia turut diminta agar memberikan maklumat mengenai harga jualan telur di premisnya sebelum 16 April ini. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkannya dikenakan tindakan.


MotionElements - Royalty-Free Marketplace For Stock Video, Music, After Effects Templates
Iklan
 Program FBS
Iklan

Pada masa yang sama, Saifullizan mengatakan bahawa peniaga berkenaan juga boleh disiasat di bawah Seksyen 12 (1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana memberi gambaran mengelirukan disebabkan gred telur yang dijual pada harga RM1 sebiji tidak dinyatakan.

Saifullizan turut memberi amaran bahawa tindakan tegas bakal menanti para peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan secara tidak munasabah sepanjang tempoh PKP. Orang ramai dinasihati untuk melaporkan sebarang kenaikan harga serta isu bekalan kepada pihak yang berkenaan.

Sebelum ini, kami ada berkongsi tentang panduan asas buat ketua keluarga terutamanya kaum lelaki untuk membeli sayur sepanjang tempoh PKP ini. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:



 Facebook Fan Page
Iklan

No comments:

Post a Comment