Rangka manusia berhelmet dijumpai di longkang lebuhraya KL-Seremban
April 26, 2020
![]() |
| Polis tiba di lokasi penemuan rangka manusia bertopi keledar di KM281.9 dari Bandar Ainsdale ke Nilai pada Sabtu. |
PETALING JAYA: Satu rangka manusia yang masih bertopi keledar dijumpai di dalam longkang tengah pembahagi lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban di KM281.9 dari Bandar Ainsdale ke Nilai semalam.
Menurut laporan polis, rangka manusia itu ditemui pekerja PLUS Malaysia Bhd yang sedang melakukan kerja menaik taraf lebuh raya berkenaan kira-kira 11.30 pagi Sabtu.
Bagaimanapun, tiada motosikal, serpihan kaca atau kerosakan dijumpai pada penghadang jalan di lokasi berdekatan rangka itu.
Susulan itu, pasukan forensik dan pegawai penyiasat jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dikerahkan ke tempat kejadian.


Sharing is caring




No comments:
Post a Comment