Powered By Blogger

LELAKI MAUT JATUH TINGKAT 12 KETIKA MEROKOK...



Lelaki maut jatuh tingkat 12 ketika merokok
April 18, 2020 



Polis mengklasifikasikan kematian lelaki jatuh balkoni sebagai mati mengejut.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah apartmen di Taman Eco Hill, Semenyih dekat Kajang hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang, mangsa berusia 21 tahun itu sedang merokok di balkoni seluas 2 kaki sebelum ditemui terjatuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal di apartmen itu bersama 4 rakannya dan mangsa sering duduk di balkoni tersebut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Fan Page

Foodpanda
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber:

MotionElements - Royalty-Free Marketplace For Stock Video, Music, After Effects Templates
Sharing is caring

No comments:

Post a Comment