Powered By Blogger

2 MENYAMAR POLIS BUAT SEKATAN JALAN, SAMUN PEMANDU...



2 menyamar polis buat sekatan jalan, samun pemandu
April 22, 2020 



Polis berkata, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya
di sebuah kilang di Kulim, menghentikan keretanya di sekatan
 jalan raya di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok
di Bukit Mertajam pada Isnin lalu.

BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan 2 lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu dan mengadakan sekatan jalan sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok di sini, sebelum menyamun pengguna jalan raya dalam kejadian awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, dalam kejadian 6.10 pagi itu, seorang lelaki berusia 42 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Kulim, Kedah menjadi mangsa 2 lelaki terbabit.

“Dalam kejadian itu, mangsa bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech sedang memandu kereta dari rumahnya di Taman Kota Permai 2, berhenti di sekatan jalan raya di Jalan Sungai Lembu kerana 2 lelaki memakai vest kuning tertera logo Polis Diraja Malaysia yang mengarahkan kenderaannya berhenti.

“Sebaik memberhentikan kereta dan menurunkan cermin, tiba-tiba seorang daripada lelaki itu cuba menarik rantai emas dipakai mangsa dan pada masa sama, suspek mencederakannya menggunakan objek tajam,” katanya kepada Bernama malam ini.



Beliau berkata, mangsa yang terkejut terus memecut keretanya menuju Hospital Kulim kerana mengalami kecederaan di bahu kanan dan menerima 3 jahitan.

Katanya, usaha mengesan 2 lelaki yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu diminta menghubungi polis.


Sumber:
Caring
Sharing is caring

No comments:

Post a Comment