Powered By Blogger

PESALAH INGKAR PKP DI KOMPAUN RM1,000 MULAI HARI INI...


Pesalah ingkar PKP dikompaun RM1,000 mulai hari ini
April 8, 2020 




Pesalah yang ingkar PKP dikompaun sebanyak RM1,000 mulai hari ini.

KUALA LUMPUR: Kompaun RM1,000 akan mula dikuat kuasakan mulai hari ini kepada pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Pengarahnya, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pesalah diberikan tempoh masa 2 minggu untuk menjelaskan kompaun yang dikenakan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka diheret dan dituduh di mahkamah.

“Mengenai isu kompaun bagi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, kita sudah menerima SOP bagaimana untuk kita laksanakan kompaun kepada pesalah yang melanggar peraturan ini.

“Ia akan digunakan kepada mereka yang didapati ingkar dalam tempoh semasa PKP ini dilaksanakan. Kompaun ditetapkan adalah RM1,000, kompaun ini tidak ada rayuan, seperti kesalahan trafik.

“Kalau tidak bayar RM1,000 pesalah tersebut boleh membuat permohonan untuk dibicarakan di mahkamah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Tambahnya, kompaun bagi kesalahan ingkar PKP tidak akan dikenakan semasa sekatan jalan raya diadakan, sebaliknya mereka akan dibawa ke balai polis memandangkan hanya ibu pejabat polis daerah sahaja yang akan mengeluarkan kompaun itu.


MotionElements - Royalty-Free Marketplace For Stock Video, Music, After Effects Templates

“Kompaun itu hendaklah dibayar di pejabat Kementerian Kesihatan. Bagi kesalahan sama yang berulang, masih lagi dikenakan RM1,000. Jangan ambil mudah, nanti habis wang bantuan prihatin nasional yang diterima di peringkat pertama,” katanya.

Pada masa sama, Acryl Sani memaklumkan, sehingga semalam seramai 66 anggota polis didapati positif Covid-19 dan 1,225 kakitangan polis dan keluarga dikuarantin di kediaman masing-masing.

“Pegawai kanan polis yang dikuarantin adalah seramai 155 orang, pegawai polis berpangkat rendah yang dikuarantin pula seramai 654 orang. Manakala, 35 pegawai awam yang dikuarantin dan 381 kontak rapat iaitu ahli keluarga turut dikuarantin,” katanya.


Sumber:

MotionElements - Royalty-Free Marketplace For Stock Video, Music, After Effects Templates

No comments:

Post a Comment