Hasrat mahu tolong mangsa kemalangan bertukar tragedi
April 25, 2020
![]() |
| Mangsa yang tercampak di bawah lori berjaya dibawa keluar oleh anggota bomba. Foto: JBPM Perak |
SLIM RIVER - Hasrat seorang pemandu lori untuk membantu mangsa kemalangan bertukar tragedi apabila dia pula yang maut dalam nahas membabitkan empat lori di KM384.5, Lebuh Raya Utara - Selatan arah selatan di sini semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 7.30 petang itu, P Govindasamy, 40, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala, tiga pemandu lain terselamat.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, keempat-empat kenderaan terbabit dalam perjalanan menuju ke Selangor.


Sharing is caring




No comments:
Post a Comment