Powered By Blogger

CAKAP KOT LUBANG JUBOQ...



Cakap kot lubang juboq...
Mei 2, 2020





1. Netizen telah bersuara.

2. Bank Negara Malaysia harus menjelaskan "kehilangan tautan"(missing link) ini.

3. Adakah kesalahan teknikal atau manipulasi yang disengajakan?

4. Kredibiliti Bank Negara dipersoalkan.

Bila Menteri kata moratorium pembayaran bank itu sebagai 'penjimatan', maka rakyat diberi gambaran bahawa 6 bulan itu tidak perlu dibayar balik.



Realitinya, 6 bulan itu perlu dibayar balik, dan hari ini rakyat dapat tahu bahawa faedah juga perlu dibayar. 

5. Menteri Kewangan Zafrul ini Menteri Bank atau Menteri Kewangan? Dia kenalah tau tentang cara mana bank boleh menjana wang bukan menjana dengan memaksakan faedah bank ke atas peminjam. 

6. Oleh itu, netizen berhak tanya untuk siapa Menteri ini berkhidmat? - bank atau rakyat.

7. Setelah memberansangkan Mak Cik Kiah dengan pakej rangsangan yang unik, mungkinkah pemerintah tebuk atap melakukan perkara yang sama dengan peminjam? - f/bk


Ramai kelompok PAS dan UMNO cuba salahkan Bank Negara, Sampaikan Menteri kewangan kayangan pun salahkan komunikasi Bank Negara.. mereka cuba jadikan Gabenor Bank Negara sebagai kambing hitam..

Sebelum ni depa cuba kambing hitamkan KSU Kementerian KPDNK isu permit kilang arak Henieken.. lepas tu salahkan KSN dalam isu jemputan Mesyuarat COVID-19.. kali ni Bank Negara..sedangkan dasar itu datang dari Kerajaan,Kementerian kewangan..

Dalam temubual Awani Menteri Kayangan Tg Zafrul dan Azmin Ali sendiri jelas , mereka sendiri menyebutkan kompaun keatas faedah, dan faedah itu dikecualikan,.. ada bukti video kenyataan mereka..Sekarang ni salah komunikasi dari Bank Negara atau dari Menteri Kewangan dan Menteri ekonomi(MITI) tebuk atap ?


Apakah ada cubaan politik untuk gantikan Gabenor Bank Negara pulak.. Mana tahu, Ada kelompok Kapitalis Bank..kelompok kayangan yang dahagakan rezab tunai Bank Negara.. apakah Gabenor Bank Negara sekarang menjadi penghalang ?

Jangan lupa, sebelum ini pernah didedahkan..bagaimana Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum PH yang dituduh membeli tanah seluas 55.79 ekar pada nilai RM 2 bilion dari kerajaan ..bayangkan Bank Negara beli tanah yang takda sebarang keperluan dari Kerajaan pada harga yang tinggi..masa tu orang kaitkan dengan 1MDB..

Agaknya dalam keadaan ekonomi yang tenat ni..depa perlukan Gabenor Bank Negara yang baru kot.










Sharing is caring

No comments:

Post a Comment