Cuba bunuh diri, tukang pasang mozek dipenjara 7 hari
April 30, 2020
![]() |
| Mahkamah menetapkan 22 Jun untuk sebutan semula kes lelaki cuba bunuh iri sementara menunggu laporan patologi. (Gambar Reuters) |
MELAKA: Seorang tukang pasang mozek dijatuhi hukuman penjara 7 hari oleh Mahkamah Majistret di Ayer Keroh, hari ini, atas pertuduhan cuba membunuh diri akibat berdepan dengan masalah kewangan, Ahad lalu.
Majistret Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Sim Chuan, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara mulai hari ini.
“Kalau ada masalah, hubungi talian yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) atau ahli psikologi untuk mendapatkan khidmat nasihat. Tindakan cuba membunuh diri bukan jalan terbaik,” kata Teoh.
Lelaki itu didakwa cuba membunuh diri di dalam bilik tidur di Blok B, Pangsapuri Laksamana Cheng Ho, pada jam 8 malam, 26 April lalu.

Sharing is caring




No comments:
Post a Comment