Operasi buru pendatang tanpa izin sebahagian langkah Covid-19, kata KPN
May 2, 2020
![]() |
| Pihak berkuasa menahan ratusan pendatang asing yang tinggal di kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di Kuala Lumpur semalam. |
KUALA LUMPUR: Polis akan melaksanakan operasi besar-besaran bersama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang tanpa izin ketika penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata operasi itu juga bertujuan membendung dan menyekat penularan Covid-19.
Beliau berkata, pendatang tanpa izin sukar dikesan jika dijangkiti Covid-19 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen sah dan mampu menyebabkan penularan virus itu apabila mereka bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
“Selagi PKP masih dilaksanakan, polis tidak akan membiarkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah bergerak bebas.



Sharing is caring




No comments:
Post a Comment