Penjual, pembeli nasi lemak diperintah jalani hukuman khidmat masyarakat 3 bulan
Tuesday, 7 April 2020
![]() |
| Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan di pasar Air Hitam, tidak jauh dari Balik Pulau, Pulau Pinang. |
GEORGE TOWN: Seramai 22 pelanggan dan 2 penjual nasi lemak diperintahkan menjalani hukuman khidmat masyarakat 3 tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
22 pelanggan itu ditangkap ketika sedang beratur untuk membeli nasi lemak daripada 2 penjual di sebuah rumah kampung di Sungai Pinang pada jam 2 pagi semalam.
Mereka didakwa di bawah Peraturan 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Terkawal Tempatan) 2020, yang membawa denda RM1,000 atau hukuman penjara jika sabit kesalahan.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, A Anbalagan berkata, 7 remaja daripada kumpulan itu akan mengetahui nasib mereka 18 Jun depan kerana mahkamah akan menerima laporan akhlak daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat mengenai status mereka.
![]() |
| A Anbalagan |
Bagi 17 yang lain, semuanya dewasa, mahkamah mengarahkan mereka memulakan khidmat komuniti 3 jam sehari selama 3 bulan bermula serta-merta, kata Anbalagan.
Polis yang melakukan rondaan mengarahkan kumpulan itu yang menunggu untuk membeli nasi lemak di kawasan itu supaya pulang, tetapi mereka dilaporkan mengabaikan amaran berkenaan sebelum ditangkap.
Sumber:




No comments:
Post a Comment