Polis maut di langgar pemandu mabuk di sekatan jalan di Kajang
May 3, 2020
![]() |
| Sebuah motosikal milik anggota polis yang diletakkan di tepi Lebuhraya Kajang-Seremban remuk dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu pemandu mabuk. (Gambar Bernama) |
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut dilanggar kenderaan dipandu pemandu yang dipercayai mabuk, ketika bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban, di Kajang, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 2.11 pagi itu, Safwan Muhammad Ismail, 31, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan dan kepala selepas dirempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.
Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata hasil siasatan mendapati pemandu berusia 44 tahun itu memandu dari arah Kajang menuju Plaza Tol Kajang Selatan.
“Apabila sampai di sekatan jalan raya, pemandu Hilux gagal mengawal kenderaannya kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga melanggar seorang anggota polis yang sedang bertugas, sebelum melanggar kenderaan anggota yang diletakkan di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Sharing is caring




No comments:
Post a Comment