Polis, tentera mahu ‘ziarah’ rumah banyak kereta semasa raya
May 19, 2020
![]() |
| Pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah semasa hari raya, dan akan membuat semakan sewajarnya bagi memastikan arahan kerajaan dipatuhi. |
PUTRAJAYA: Polis dan tentera akan menziarahi rumah-rumah yang didapati banyak kenderaan diletakkan di luar kediaman semasa Aidilfitri.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah sepanjang tempoh kawalan itu, dan akan membuat semakan sewajarnya bagi memastikan arahan kerajaan dipatuhi.
“Ada yang menganggap ketika raya nanti tidak mungkin polis akan pantau setiap rumah tetapi tidak. Polis dan tentera akan pantau pada hari raya pertama dan seterusnya bagi memastikan tatacara operasi standard (SOP) dipatuhi,” katanya pada sidang media hari ini.
Kawalan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 akan terus dikuatkuasakan sepanjang hari raya, termasuk sekatan merentas negeri. Ziarah dibenarkan dalam negeri dengan had 20 orang pada setiap masa.







No comments:
Post a Comment