Rohingya baham ‘kita’, kaum lain ‘gitu’ juga, kata Rais Yatim
May 2, 2020
|  | 
| Tangkap layar catatan Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Rais Yatim di Twitter tentang Rohingya dan kaum lain. | 
PETALING JAYA: Pengerusi PPBM Negeri Sembilan, Rais Yatim mendakwa “kita” dibaham komuniti Rohingya apabila bilangan mereka mencapai ratus ribu di negara ini, di sebalik serangan xenofobia terhadap golongan pelarian itu muktahir ini.
Mengulas artikel di yang dikongsi di Twitter tentang 3 lelaki Rohingya terlibat pecah rumah ditahan polis, bekas menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan itu semalam berkata “Rohingya ini masa bilangannya kecil memang lunak perangai – pijak semut pun tak mati…”
“…tapi bila jumlah mereka dah beratus ribu dibahamnya kita. Kaum lain yang datang ke mari zaman Inggeris 20-an ‘gitu’ juga akhirnya.
“Kita sama-samalah belajar dari sejarah yang takat ini banyak menyebelahi orang luar.”



Sharing is caring



 
No comments:
Post a Comment