Powered By Blogger

TERTEKAN DENGAN MASALAH RUMAH TANGGA, SEORANG LELAKI CUBA LANGGAR ISTERI DI TEMPAT PAKIR...


Tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang lelaki cuba langgar isteri di tempat parkir
May 20, 2020


gambar sekadar hiasan


Ekoran tertekan dengan masalah rumah tangga, seorang suami tergamak mahu melanggar isterinya di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasar raya dekat Tandop, di Alor Setar.

Dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam tadi, suspek bertindak nekad untuk melanggar isterinya sehingga mati.



Walau bagaimanapun, cubaannya itu gagal setelah mangsa berjaya diselamatkan oleh anak mereka yang juga ketika itu berada di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu ACP Mohd Rozi Jidin, suspek berusia 45 tahun itu dikatakan naik angin apabila bergaduh dengan isterinya yang berusia 52 tahun di kawasan parkir tersebut.

Katanya, hasil siasatan mendapati pergaduhan terjadi berpunca daripada masalah dalaman keluarga.

Dalam kenyataannya lagi, suspek yang memandu kereta Perodua Myvi dipercayai cuba melanggar mangsa dari arah depan namun tidak berjaya.

“Isterinya diselamatkan oleh anak yang berada di tempat kejadian. Sekiranya tidak diselamatkan pada ketika itu, mungkin kita ada kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



“Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan untuk melihat sudut-sudut yang sesuai untuk diambil tindakan terhadap suami,” tegas ACP Mohd Rozi sambil menambah, suspek ditahan sejurus selepas mangsa membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tindakan sebegini bukanlah satu cara penyelesaian bagi sesuatu masalah. Ia akan lebih mengeruhkan masalah yang dihadapi. Diharapkan perkara begini tidak berulang lagi pada masa akan datang.




Sumber:






Sharing Is Caring
 



No comments:

Post a Comment