Powered By Blogger

Wednesday, 25 March 2020

BAGAI SEKELIBAT BAYU YANG LALU...


Di sebalik senyuman tersembunyi tangis
di sebalik tangisan akan terpancar gembira
di sebalik kegembiraan kadangkala terselit duka
di sebalik kedukaan menjelma bahagia
tangis, gembira, duka dan bahagia adalah titipan mainan jiwa

Ingin aku jeritkan
ingin aku teriakkan
kerana lara menghujam di pundak hatiku
biar bisa semua mengerti
bahawa aku terpenjara oleh cintamu


Hanya kamu yang mengerti
aksara semu yang kurasa ketika ini
raga ini sudah letih untuk tangisi semua ini
batin ini sudah terlalu perih untuk tangisi semua ini

Salah dan berdosakah aku
hanya sekadar menzahirkan
kata-kata sayang
kata-kata dari keikhlasan hati
untuk seorang kamu

Berdosakah aku?

Engkau datang dan pergi
bagai sekelibat bayu yang lalu
meninggalkan aku sayup di ufuk kedinginanmu
terperuk kegigilan resah kesendirian
tanpa di belas, tanpa di kasihani, tanpa memperduli perasaan hatiku

Dalam keterpaksaan aku pasrah
hanya berserah tapi bukan mengalah
cuma lelah!
lalu takdirku rebah
dan semakin menghanyutkan aku...

Arjuna Ikhsan
04032020:2154




No comments:

Post a Comment