Mudahnya kau melupakan segala galanya
sekelip mata kau berubah
sekelip mata ku kau tinggal
meninggalkan pedih dan kekalutan jiwa
Hanya kerana aku tidak berharta
aku hanya manusia tanpa apa apa
cuma angan angan semata mata
tapi tolong hormati aku walau aku TAK BERHARTA
Cinta suciku tak dihargai
kasih setiaku tak dihargai
sayang ikhlasku tak dihargai
hinanya diriku
Kau yang bergelar rindu
kau yang bergelar sunyi
kau yang bergelar pilu
kau yang bergelar kecewa
Pecah berderai harapan menggunung
berserakan di semilir bayu
terus menangisi sendu
pada salam perpisahan
Allahu..
luputkan ingatanku terhadapnya
kerana aku tak mampu lagi
mengharungi siksaan ini
Anggap saja aku dah MATI...
Arjuna Ikhsan
29062019:0115



No comments:
Post a Comment