Sukarnya memahami kamu
bila aku rindu, kamu membisu
kamu berlalu jauh dariku
tinggalkan aku termangu, terkeliru
aku cuba memujuk hati agar tiada sendu
Sukarnya memahami kamu
bila aku hampir terlupa
bicaramu pun tiba
manis dan mersa
bagaikan tiada apa apa
Dengan kamu..
tiada bicara mententeramkan jiwa
tiada lagu pengubat rindu
namun ku cuba pahatkan nama kamu dalam jiwaku
sebatikan nama kamu dalam hatiku
Janganlah terus menyeksa perasaanku
dengan diam dan bisu
ucapkanlah sesuatu
agar tidak aku termangu
dan terus hanyut di buai rindu
Adakah kau tahu
akan segala rasaku
tentang perasaan hati kalbu
yang semakin kuat mencengkam segenap ruang itu
semakin sakit menanggung bebanan rindu
Aku terus keliru
adakah kau merasakan juga perasaan itu
atau aku sekadar bermain dengan perasaanku?
jangan biarkan aku terus menunggumu
kerana sakitnya bisu membunuhku
Apakah episod cinta kita akan berakhir tanpa titik noktah?
dan biarkan rinduku ini semakin lama semakin curang
selalu bertambah tanpa tahu bagaimana cara agar berkurang
tersiksa di bibir tak mampu untuk diucapkan
terpagar batas waktu yang tak menyatukan...
Arjuna Ikhsan
31012020:1643



No comments:
Post a Comment